Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menegaskan pasukan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh terus menangguhkan pemeriksaan balas terhadap saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<br /><br />Ia selepas mahkamah diberitahu bahawa peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah perlu hadir dalam kes lain yang juga ditetapkan hari ini.
